Saturday, June 18, 2011

lumrah kehidupan.....musibah?? ujian?? nikmat?? kegembiraan??...

hidup, jika ingin membicarakan tentang hidup...hmm
rasanya x terbicara..ilmu ni pon still cetek lg untuk berbicara ttg hidup..
hidup ni yg jelasnya, x ttp n sentiasa berubah...tidak selamanya kt berada di atas, dan tidak selamanya berada di bawah..bak kata pepatah..HIDUP INI IBARAT RODA, KADANG DI ATAS KADANG DI BAWAH, KEMUDIAN DI ATAS SEMULA
itulah lumrah kehidupan...so, kt sebagai muslim jgn leka kerana setiap yg berlaku menimpa diri kita, ada hikmahnya..sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

 Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
Jelaslah, hidup kt ni sebagai hamba Allah yg hidup di muka bumiNya, mmg untuk diuji bkn lah untuk bersenang-lenang…ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
 Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim
Memang dalam suka ada duka, dalam duka ada suka….macam tu jugak la dalam setiap ujian yang Allah beri kepada kita, turut disertakanNYa hikmah yg kt x nmpk lg..tp Allah tu Maha Mengetahui lagi Maha Besar….jika kt terasa susah dan sukar untuk berhadapan dgn sesuatu ujian, Ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya itu, kalau hambaNya tu tidak mampu…believe in Allah, n Allah will always be with u….InsyaAllah…
Hiburan?? Hmm, Islam tidak menghalang sama sekali umatnya untuk berhibur, kerana lumrah manusia memang memerlukan hiburan, TAPI kena ingat, tu tidak bermaksud semua jenis hiburan dibenarkan kerana terdapat banyak jenis hiburan di zaman kt sekarang ni…. Bahkan ada jenis hiburan yang boleh membawa kepada HARAM… Islam benarkan berhibur tp biar la b’tempat dan tidak keterlaluan dan melalaikan apatah lagi jika di dalam hiburan terdapat unsur maksiat..Astaghfirullah al-A’zim….moga kt semua dijauhkan …AAMEEN….
Yang baik dr Allah, dan yg buruknya dtg diri sy sendiri…kalo ada kesilapan n kesalahn moga dimaafkan dan teguran….
ILALLIQAK….

Monday, June 6, 2011

freemason di malaysia???

Freemason ialah satu pertubuhan persaudaraan yang muncul antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.
pertubuhan itu kini sudah tersebar ke seluruh dunia bahkn di negara kta, Malaysia juga sudah lama tersebar.

Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagi bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama. Lazimnya, mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being)


Gerakan Freemason

Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William HoperBenjamin FranklinMatthew ThorntonWilliam WhippleJohn HancockPhillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO[perlu rujukan].
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong KongChina dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji
  • Melaka: 1 logi

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke SyriaIraqJordanMesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahamanYahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikanpolitikbudaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di MesirMaghribiLubnanMalaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[22]

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason